Catatan Terkini

red warrior

Berbuka puasa bersama Red Warriors

PENGKALAN CHEPA, 3 Ogos: Peminat pasukan The Red Warriors berpeluang berbuka puasa bersama skuad tersebut di Perdana Resort sempena majlis amal 5 Ramadan ini.

Teruskan Membaca ...

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan

Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa .

Teruskan Membaca...

Iklan rasis: Sensitiviti semua kaum perlu dijaga, kata Persatuan Ulama

Iklan rasis: Sensitiviti semua kaum perlu dijaga, kata Persatuan Ulama 1432

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menasihatkan organisasi media tidak menyiarkan iklan-iklan yang boleh menyinggung rakyat berbilang kaum negara ini...

Teruskan Membaca


Majlis Perundingan Media ataupun Majlis Kawalan Media


Malaysia Chronicle

Baru-baru ini kita telahpun melihat langkah kerajaan pusat BN untuk memperketatkan cengkaman mereka terhadap industri media dengan penubuhan Majlis Perundingan Media Negara. Alasan utama penubuhan majlis tersebut, menurut kerajaan adalah demi “kepentingan nasional” pada keseluruhannya.

Apakah yang dimaksudkan “kepentingan nasional” sebenarnya? Kita melihat pembentukan majlis tersebut adalah lebih kepada kepentingan BN semata-mata kerana pembentukan majlis perundingan tersebut mempunyai jumlah keahlian yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, polis, agensi dan jabatan penguatkuasa, suruhanjaya komunikasi dan multimedia yang melebihi jumlah wakil-wakil daripada pihak media yang dijemput.

Jadi adakah Majlis Perundingan Media Negara ini benar-benar digunakan untuk perundingan di antara pihak kerajaan dan wakil-wakil daripada industri media pada keseluruhannya? Pada pandangan secara amnya telahpun ditonjolkan bahawa ianya lebih berfungsi seperti sebuah Majlis Kawalan Media Negara.

Ramainya pegawa-pegawai kerajaan yang “berkuasa” di dalam komposisi majlis tersebut juga telah membuktikan bahawa ianya bertujuan untuk mengertak wakil-wakil industri media pada bila-bila masa majlis itu bersidang.

Selain daripada itu, didapati bahawa hanya wakil-wakil daripada media massa tradisional dan sebuah persatuan penulis-penulis blog yang pro-BN sahaja yang dijemput untuk menganggotai majlis tersebut sedangkan wakil-wakil daripada media baru, iaitu portal berita internet langsung tidak dijemput, justeru diabaikan terus daripada proses perundingan tersebut.

Tambahan pula, amat mengejutkan bahawa Majlis Perundingan Media Negara itu dipengerusikan bersama oleh menteri penerangan Rais Yatim dan menteri dalam negeri Hishammuddin Hussein, serta dianggotai oleh ramai pegawai daripada kedua-dua kementerian tersebut, pihak polis dan badan-badan penguatkuasa media yang lain.

Ini telah jelas membuktikan bahawa kerajaan pusat BN tidak ikhlas di dalam usaha untuk memajukan industri media di negara ini, sebaliknya lebih bertumpu kepada memantapkan lagi arus propaganda kerajaan BN semata-mata.

Era Internet

Kebebasan media sering dicengkam, berita-berita serta informasi tulen senantiasa disekat daripada disalurkan kepada rakyat, lantaran daripada itu telah menyekat rakyat jelata daripada memperolehi kebenaran dan berita-berita yang lebih tepat mengenai politik dan hal-ehwal negara ini.

Dan kita berasa amat bersyukur bahawa tindakan beberapa arus media telah mengambil keputusan untuk memulaukan persidangan pertama Majlis Perundingan Media Negara yang dipengerusikan bersama oleh kedua-dua menteri tersebut dan sememangnya berharap agar mereka akan meneruskan pemulauan tersebut demi menjaga imej kewartawanan di dalam negara kita ini.

Kebebasan di dalam bidang kewartawanan di negara ini memang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang mengawal percetakan dan penerbitan media adalah dianggap telah melanggari peruntukan Perlembagaan Persekutuan pada keseluruhannya.

Langkah kerajaan pusat BN yang ingin terus mengawal selia arus dan aliran media dan enggan mengiktiraf peranan media internet di negara kita ini jelas telah menunjukkan bahawa mereka masih di dalam alam penafian dan enggan menerima proses pemodenan yang telahpun mengalir ke dalam industri media.

BN masih tidak dapat merima hakikat bahawa media internet telahpun menguasai aliran informasi dalam negara kita ini dan masih berkeras untuk memperkasakan arus media tradisional yang pro-kerajaan.

Akibat daripada tindakan penafian berterusan oleh kerajaan BN, rakyat telah merasa bosan dengan propaganda yang sering mengagung-agungkan BN dan membenci parti-parti pembangkang, penyiaran berita-berita yang berat sebelah dan sebagainya.

Namum, ramai di kalangan kita pada hari ini telah menjadi semakin celik-IT dan tidak lagi bergantung kepada arus media tradisional seperti suratkhabar, radio dan televisyen untuk mendapatkan informasi dan berita-berita yang tepat dan benar.


0 Responses to "Majlis Perundingan Media ataupun Majlis Kawalan Media"

Catat Ulasan

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors