Catatan Terkini

red warrior

Berbuka puasa bersama Red Warriors

PENGKALAN CHEPA, 3 Ogos: Peminat pasukan The Red Warriors berpeluang berbuka puasa bersama skuad tersebut di Perdana Resort sempena majlis amal 5 Ramadan ini.

Teruskan Membaca ...

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan

Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa .

Teruskan Membaca...

Iklan rasis: Sensitiviti semua kaum perlu dijaga, kata Persatuan Ulama

Iklan rasis: Sensitiviti semua kaum perlu dijaga, kata Persatuan Ulama 1432

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menasihatkan organisasi media tidak menyiarkan iklan-iklan yang boleh menyinggung rakyat berbilang kaum negara ini...

Teruskan Membaca


Duit raya Felda sekadar 'gula-gula'


Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Pemberian duit raya berjumlah RM42.6 juta oleh Felda kepada peneroka hanyalah 'gula-gula' di sebalik sejumlah besar unit saham yang dinikmati pegawai Felda.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yakin penberoka yang menerima insentif kecil ini tidak tahu mengenai unit saham yang diterima pegawai Felda ini.

Sebelum ini, Felda menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd membeli Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.

Daripada pembelian ini, kumpulan yang mendapat saham MSM ialah kira-kira 2,500 orang kakitangan Felda Induk dan 2,500 kakitangan Felda Global.

Setiap pegawai 5,600 unit manakala bukan pegawai pula menerima 2,900 unit seorang.

Harga buka ialah RM3.34 seunit dan melonjak kepada RM5.46 seunit.

"(Datuk Seri) Najib (Razak) tidak perlu gembar gemburkan pemberian duit raya ini sebagai jasa Felda atau kerajaan kerana sepatutnya jumlah yang diberi jauh lebih besar.

"Adakah peneroka tahu pegawai Felda menikmati hasil saham yang jauh lebih besar jumlahnya?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau turut mempersoal tindakan Felda memberikan RM400 kepada peneroka yang menanam di bawah selian Felda dan hanya RM200 kepada peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda.

Sedangkan katanya, peneroka yang menanam sendiri mendapat hasil yang lebih banyak dan menjual hasil mereka kepada kilang Felda.

"Kalau perbezaan jumlah duit raya berasaskan penghasilan yang dibuat peneroka, pemberian itu tidak wajar kerana harga komoditi melonjak naik dan sepatutnya jumlah yang diberi lebih besar.

"Apabila dikategorikan peneroka ikut Felda dan tidak ikut Felda, saya persoal istilah tidak bersama Felda itu kerana mereka tetap jual hasil mereka kepada kilang Felda.

"Kalau banding jumlah hasil peneroka yang buat sendiri lebih besar daripada peneroka yang ikut Felda tentu insentifnya lebih besar," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Dakwanya, tindakan ini merupakan diskrimasi kepada peneroka untuk menakut-nakutkan peneroka yang menanam sendiri tanpa bantuan Felda.

"Mana logiknya Felda nak nilai peneroka di bawah Felda dapat 400 dan tanpa bantuan Felda dapat 200. Ini satu diskriminasi yang dibuat untuk menakutkan peneroka yang menanam sendiri," katanya


0 Responses to "Duit raya Felda sekadar 'gula-gula'"

Catat Ulasan

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors