Catatan Terkini

red warrior

Berbuka puasa bersama Red Warriors

PENGKALAN CHEPA, 3 Ogos: Peminat pasukan The Red Warriors berpeluang berbuka puasa bersama skuad tersebut di Perdana Resort sempena majlis amal 5 Ramadan ini.

Teruskan Membaca ...

Tazkirah Ramadhan

Tazkirah Ramadhan

Ramadhan ialah nama bagi sebuah bulan dalam bulan-bulan kiraan Islam dan sebuah kata nama dalam bahasa arab yang disebut oleh sesetengah pakar bahasa .

Teruskan Membaca...

Iklan rasis: Sensitiviti semua kaum perlu dijaga, kata Persatuan Ulama

Iklan rasis: Sensitiviti semua kaum perlu dijaga, kata Persatuan Ulama 1432

KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menasihatkan organisasi media tidak menyiarkan iklan-iklan yang boleh menyinggung rakyat berbilang kaum negara ini...

Teruskan Membaca


Anak Kelantan diseru pulang mengundi PRU 13



PETALING JAYA, 30 Julai: Atas dasar tanggungjawab untuk mengekalkan kerajaan Islam, seluruh anak Kelantan di perantauan diseru untuk pulang ke negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Seruan itu dinyatakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan Himpunan Anak Kelantan D'Perantauan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di sini petang tadi.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, rakyat negeri itu perlu pulang mengundi walau di mana mereka berada dan dengan apa cara sekalipun.

"Kalau ada duit naik kapal terbang, kalau tidak naik kereta, kalau tak dapat juga naik bas.

"Saya tak boleh jamin nak bayar duit, kena tanya bendahari la, kalau ada kita bagi," katanya di hadapan kira-kira 2,000 anak-anak Kelantan yang hadir.

Turut hadir pada majlis perasmian itu kesemua ahli mesyuarat kerajaan negeri termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob, Ahli-ahli parlimen dan Adun-adun Kelantan.

Selain mereka, wakil kerajaan negeri Selangor, Yaakob Sapari yang juga Exco Pembangunan Pertanian, Pengurusan Alam dan Usahawan negeri turut bersama.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim juga hadir pada majlis tersebut.

Mengulas lanjut, menteri besar Kelantan itu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak Kelantan di perantauan ekoran kepulangan mereka pada pilihan raya umum 2008.

Kepulangan mereka itu jelasnya telah membantu kemenangan PAS untuk terus memerintah negeri itu.

Mengimbau kembali sejarah empat tahun lalu, beliau berkata kedudukan PAS di Kelantan agak genting sebelum PRU 2008 apabila hanya berkelebihan satu kerusi berbanding BN iaitu 23 PAS dan 22 BN.

Bagaimanapun, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU 2008 itu telah menyebabkan PAS kembali memperteguh kedudukan dengan mendapat 38 kerusi.

Sehubungan itu, kepulangan anak-anak Kelantan pada PRU akan datang sangat-sangat diharapkan.


0 Responses to "Anak Kelantan diseru pulang mengundi PRU 13"

Catat Ulasan

 
Return to top of page Copyright © 2010 | Flash News Converted into Blogger Template by HackTutors